Serunding Daging

Ramuan / Bahan

Bahan dikisar:

500 gm bawang merah
2 cm lengkuas
5 batang serai
10 ulas bawang putih
1 cm halia
Garam
Gula 1 kb daging batang pinang
1 ½ biji kelapa
10 gm jintan manis
15 tangkai cili kering

Cara-cara

Rebus daging sehingga empuk kemudian dicarik-carik sehingga halus.

Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan ia untuk memerah santan.

Perah pati santan lebih kurang tiga cawan. Masukkan pati santan bersama bahan yang telah dikisar dan jerang di atas api yang sederhana besar.

Bila hampir kering masukkan daging yang telah dicarik dan masukkan rempah biji yang terlebih dahulu telah disangai (goreng tanpa minyak), garam dan gula secukup rasa.

Kacau sehingga kering atau mengikut citarasa anda.