Serunding Daging

Ramuan / Bahan

600 gm daging batang pinang
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
1 biji kelapa parut
Minyak untuk menumis Bahan untuk digiling:

10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 batang serai
2 sudu teh biji ketumbar
1 sudu jintan putih
5 cm lengkuas
2.5 cm halia

Cara-cara

Kelapa digoreng dan digiling setengah halus.

Rebus daging dan setelah empuk, potong kecil-kecil. Kemudian gaulkan dengan bahan giling.

Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi sehingga keluar air daging.

Tuangkan sedikit air sehingga daging empuk, masukkan kelapa goreng, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.

Gaulkan rata sehingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perisa secukupnya. Gaulkan lagi. Biarkan sehingga kering dan barulah diangkat.