Biskut Kacang Hazel Dan Badam

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
130 gm gula halus
1 biji telur
Sedikit serbuk vanilin
1 sudu kecil serbuk penaik
300 gm tepung gandum 50 gm kastard
50 gm kacang hazel
50 gm badam
½ cawan badam
1 biji kuning telur

Cara-cara

Panggang kacang hazel & badam kemudian tumbuk halus. Pukul gula dengan mentega hingga gula hancur, masukkan telur dan serbuk vanilin, pukul lagi. Campurkan tepung gandum yang diayak bersama kastard serta serbuk penaik, kacang hazel & badam tumbuk, gaul rata. Tabur tepung atas papan canai & canai adunan. Terap dengan acuan berbentuk hati atau air mata. Sapu kuning telur yang dipukul
ringan dengan garpu, hias dengan badam. Bakar hingga masak.