Serondeng daging

Ramuan / Bahan

600 gm daging lembu
1 biji kelapa parut, dijadikan santan
3 camca besar gula
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit, diracik halus

Bahan kisar:
5 tangkai cili kering 1 cm halia
2 batang serai
1 cm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara

Rebus daging sehingga lembut. Sejat airnya dan siat halus. Masukkan santan dan bahan kisar di dalam kuali dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Masukkan daging yang sudah disiat tadi. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa berserta daun kunyit. Kacau selalu sehingga kering.