Sate Manis

Ramuan / Bahan

300 gm daging kambing, dipotong kecil-kecil
2 camca sedang kicap manis
1 camca sedang air limau nipis
Garam dan gula secukupnya Bahan-bahan digiling:
1 camca teh ketumbar
½ camca teh lada putih
1 camca teh jintan putih
1 sm halia

Cara-cara

Satukan daging, bahan-bahan giling, kicap manis, garam, gula dan air limau nipis. Perap semalaman. Cucukkan pada lidi sate dan bakar. Hidangkan bersama sambal kicap cili padi dan bawang besar hiris.