Sate Berempah

Ramuan / Bahan

1 kilo daging lembu / seekor ayam dipotong kecil-kecil
10 btg. serai (dihiris-hiris)
2 btg. besar halia
1 buku kecil lengkuas
1 bungkus kecil serbuk jintan manis
1 bungkus kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil cili serbuk
1 sudu kecil serbuk perisa
3 cawan kecil gula pasir
Garam secukup rasa (1 sudu)

Cara-cara

Basuh daging / ayam dan toskan
Kisarkan serai, halia dan lengkuas
Gaulkan daging / ayam bersama bahan yang dikisar, serbuk jintan, kunyit serbuk dan cili serbuk .
Masukkan gula, garam dan serbuk perisa. Gaul hingga sebati.
Perapkan daging / ayam selama 3/4 jam di dalam peti sejuk
Selepas itu daging / ayam tadi dicucuk dengan lidi dan dibakar.