Sarang Daging Telur

Ramuan / Bahan

400 gm daging cincang
100 gm serbuk roti
6 biji telur, direbus
2 biji telur, dipukul
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk Perasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sm halia Bahan-bahan kuah:
2 camca besar sos cili
4 camca besar soso tomato
2 camca sedang sos tiram
½ cawan air panas
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis dan sedikit air

Bahan-bahan dikisar:
6 tangkai cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara

Gaul bahan kisar bersama daging dan serbuk roti. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Gaul lagi hingga sebati. Kemudian salut adunan pada seluruh telur rebus. Apabila hendak goreng, celup telur rebus di dalam telur yang dipukul baru digoreng.

Cara-cara membuat kuah:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram. Kacau hingga rata. Masukkan air. Kacau hingga pekat. Masukkkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau lagi. Apabila cukup masak baru diangkat.