Sambal Goreng Pengantin

Ramuan / Bahan

500 gram daging dipotong kecil
(direbus hingga empuk)
500 gram udang sederhana besar buang kulit
20 ulas bawang merah kecil dimayang
25 tangkai cili kering digunting kecil
5 tangkai serai dipotong halus
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam dan gula untuk perasa

Cara-cara

Tumiskan bawang hingga layu, kemudian masukkan cili kering dan serai. Tumis seketika hingga wangi. Masukkan daging dan udang. Kecilkan api dan masak perlahan. Tambahkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidang.