Sambal Goreng Daging

Ramuan / Bahan

1 kg daging
10 biji lada sulah
10 biji cili hidup
20 ulas bawang merah atau 6 labu bawang besar
3 biji buah keras
5 ulas bawang putih ½ inci halia
Sehiris lengkuas
2 camca besar kerisik halus
1 camca kecil belacan
1 ½ cawan santan pekat daripada 1 peket santan serbuk
Asam jawa garam secukup rasa

Cara-cara

Daging dibersihkan dan dipotong nipis. Semua bahan-bahan tadi digiling halus dan panaskan minyak. Gorengkan daging dahulu. Bila daging telah elok masak, masukkan remapah, kerisik,gula, garam dan asam jawa. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan santan dan tunggu hingga pekat. Selepas itu bolehlah dihidangkan.