Sambal Daging SMS

Ramuan / Bahan

1 Kilo Daging
2 Batang Serai
6 Helai Daun Limau
1 Mangkuk Kecil Asam Jawa
1 Mangkuk Kecil Santan Pekat
4 Biji Bawang Merah 3 Ulas Bawang Putih
3 Batang Cili Hidup
1 Mangkuk kecil cili mesin
Minyak Untuk Menumis
Garam dan Gula sebagai Perasa

Cara-cara

Rebus Daging hingga empuk, kemudian potong nipis-nipis mengikut bentuk kreatif tersendiri.Tumiskan bawang putih dan bawang merah setelah naik bau masukkan cili mesin, serai dan sedikit gula tadi.
Setelah garing, masukkan daging,daun limau dan air asam jawa. bila sudah sebati masukkan santan pekat dan sedikit garam. Tunggu sehingga mendidih dan pekat. Akhir sekali masukkan cili dan bawang besar yang dihiris halus.