Sambal Daging

Ramuan / Bahan

1 kg daging
1 biji bawang besar
1 inci belacan
Cili kering yang sudah dimesin
Air Asam Jawa

Garam
Gula
Sedikit kicap masin
Serbuk perasa

Cara-cara

Tumbuk bawang besar bersama belacan hingga lumat. Tumis bahan tumbuk dengan minyak sampai naik bau kemudian campurkan cili mesin tadi (terpulang kalau mahu pedas letak lebih cili). Masak cili sampai garing. Bila cili dah garing dan betul-betul masak masukkan daging dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan daging. Kecilkan api, masukkan gula, garam dan serbuk peras dan masak sampai daging empuk dan air kering sedikit. Akhir sekali, bila daging sudah empuk baru masukkan air asam jawa-anggaran 1 sudu besar dan tambahkan sedikit kicap masin.
Masak lagi sampai sambal daging pekat dan tutupkan api.