Sambal Berlada Daging

Ramuan / Bahan

600 gm daging
300 gm cili merah
300 gm bawang merah
3 / 4 biji limau nipis Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara-cara

Daging dicuci bersih-bersih & dihiris nipis, kemudian digaul dengan gula, garam & diperap sekejap. Cili merah & bawangmerah digiling, tapi jangan sampai lumat. Limau diperah ambil airnya. Panaskan minyak di dalam kuali & goreng daging hingga garing, kuning, barulah diangkat. Gunakan baki minyak tadi untuk tumis perencah cili merah & masukkan sedikit air, juga air limau nipis. Bila sudah mendidih, masukkan daging sambil dikacau sampai pekat atupun sambalnya berbalut pada daging baru diangkat.