Rusuk Kambing Panggang Dengan Puri Sayuran

Ramuan / Bahan

Bahan untuk puri sayuran:

675 gm campuran kentang
675 gm lobak merah
675 gm turnip
25 gm mentega
2 sudu besar susu
Garam dan serbuk lada hitam Bahan untuk rusuk kambing:

12 keping rusuk kambing
4 sudu besar jeli redcurrent
4 sudu besar jus oren

Cara-cara

Untuk puri sayuran. Bersihkan kentang, lobak merah dan turnip. Potong kecil. Celur sayuran di dalam air dan bercampur dengan sedikit garam selama 20 minit atau sehingga sayuran lembut dan tuskan.

Cairkan mentega dan campuran susu serta sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Untuk rusuk kambing, panaskan pemanggang dan susuk rusuk kambing di atasnya. Biar ia sehingga ia masak.

Sementara itu, masukkan jeli redcurrent dan jus oren ke dalam periuk dan panaskan selama tiga minit atau sehingga jeli cair.

Sapu jeli pada rusuk kambing dan panggang selama lima minit.

Bubuh rusuk kambing ke dalam pinggan dan tuang puri sayuran semasa menghidang.