Rendang Tok Seri Perak

Ramuan / Bahan

1 ½ kg daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
150 gm bawang kecil
120 gm bawang putih
150 gm halia (dikisar)
10 batang serai (dikisar halus) Bahan-bahan kisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada hitam
10 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ biji kelapa untuk dibuat kerisik
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu kecil santan
2 sudu kecil gula
2 helai daun kunyit

Cara-cara

Perapkan daging bersama semua Bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Selepas itu, masukkan perasa.