Rendang Tok

Ramuan / Bahan

Bahan utama:

½ kg daging lembu
2 biji kelapa (diambil santannya)
5 batang serai Bahan kisar A:

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 labu bawang besar
2 sudu kecil jintan manis serbuk
2 sudu kecil jintan putih serbuk
4 cm halia
4 cm lengkuas
10 biji buah keras
2 sudu kecil ketumbar
20 tangkai cili kering

Bahan kisar B:

5 biji buah keras
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
50 gm belacan
2 biji kelapa (dijadikan kerisik)
½ biji kelapa (dibakar dan dimayang)
300 gm gula melaka
2 sudu besar minyak

Cara-cara

Bersihkan daging dan dipotong kiub. Didihkan santan kelapa tetapi jangan sampai pecah minyak dan sejukkan.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan A sehingga naik aromanya.

Masukkan bahan B dan kacau sekali-sekala sampai daging empuk.

Masukkan kerisik, santan kelapa dan kelapa bakar yang telah dimayang.

Masukkan perisa seperti garam dan gula secukupnya.