Rendang Tok

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu
4 sudu minyak masak
2 inci kayu manis
10 biji buah pelaga
5 helai daun kunyit
15 gm serbuk lada hitam
10 gm serbuk jintan manis
5 gm serbuk jintan putih
4 cawan santan
200 gm gula Melaka
300 gm kerisik
Garam secukup rasa Bahan-bahan untuk dikisar:
100 gm bawang besar
20 gm bawang putih
3 batang serai
20 gm lengkuas

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai serta lengkuas yang telah dikisar sebelumnya. Setelah itu, masukkan kayu manis, buah pelaga, daun kunyit, serbuk lada hitam, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Masukkan santan, gula Melaka dan daging. Biarkan sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan kerisik dan kacau sehingga kering. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Hidangan sedia dihidangkan.