Rendang Mesamah Burung Merpati

Ramuan / Bahan

2 ekor burung merpati
1 biji kelapa, diambil santannya
200 gm kerisik
260 gm cili boh
200 gm bawang besar, dihiris
300 gm bawang merah, dihiris
7 sm kulit kayu manis 5 biji pelaga
250 gm minyak
50 gm puri tomato
50 gm halia, dihiris
50 gm lengkuas, dihiris
20 gm bawang putih
Garam secukupnya

Cara-cara

Bersihkan burung merpati dan belah dua. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis pelaga dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia dan lengkuas. Kacau hingga garing. Masukkan cili boh dan kacau lagi. kemudian masukkan puri tomato dan kerisik. Kacau hingga pekat. Masukkan santan dan daging merpati. Masak hingga pekat. Masukkan garam dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.