Rendang Mahsuri

Ramuan / Bahan

1 kg daging
2 biji kelapa (ambil pati santan)
1 sudu besar gula merah
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari daging
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kunyit Bahan Kisar:
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
2 hiris lengkuas
2 batang serai

Cara-cara

Daging dipotong sederhana besar. Gaul daging dengan bahan kisar, santan, kerisik, rempah kari, bunga cengkih, kulit kayu manis & gula merah. Masak di atas api perlahan, setelah hampir kering masukkan daun kunyit. Setelah kering, masukkan garam secukup rasa.