Rendang Limpa

Ramuan / Bahan

1 kg limpa (dihiris tebal-tebal)
2.5 cm halia
2 biji buah keras
6 ulas bawang merah
3 camca minyak makan
2 biji bawang besar (dibelah dua & dihiris) 2 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
600 ml santan cair
600 ml santan pekat
300 ml pati santan

Bahan Giling:
10-15 batang lada kering (direndang)
1 camca ketumbar (direndang)
¼ camca jintan putih
¼ camca adas
1 camca lada sulah
2.5 cm kunyit hidup (dihangatkan)
1 camca garam

Cara-cara

Gaulkan pes halia hirisan-hirisan
limpa. Ketepikan selama 10 minit.Pijarkan minyak di atas api yang sederhana. Goreng bawang hingga layu.kemudian masukkan kesemua rempah.Apabila telah wangi, masukkan limpa. Gorengkan di atas api yang besar hingga rata kuningnya. Kecilkan api & masukkan santan cair. Biarkan ia mendidih.Masaklah dengan berkacau hingga limpn separuh empuk.Masukkan bahan giling & santan pekat. Kacau hingga mendidih & teruskam memasak hingga limpa empuk. Kecilkan api,Masukkan pati santan & sesuaikan rasanya. masak hingga kuahnya pekat & berminyak sedikit. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau pulut & masakkan-masakkan lain.