Rendang Kinabalu

Ramuan / Bahan

5 sudu besar minyak
1 kg daging batang pinang
1 liter santan cair
250 ml pati santan
Sedikit garam dan gula
3 sudu besar perahan limau nipis Bahan-bahan dikisar:

20 tangkai cili kering
10 biji lada hitam
2 cm halia
2 cm kunyit
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai
4 biji buah keras

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

Masukkan daging dan kacau hingga kering airnya. Masukkan sedikit santan cair dan kacau hingga ia meresap di dalam daging. Tambah lagi santan dan masak hingga empuk.

Tuang pati santan, garam dan gula. Perlahankan api dan masak hingga kuah pekat. Masukkan perahan limau nipis, kacau rata dan angkat.