Rendang Kerisik

Ramuan / Bahan

600 gm daging (dipotong kecil)
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 inci lengkuas (dikisar)
20 tangkai cili kering (dikisar)
2 batang serai (dikisar) 1 helai daun kunyit
2 helai daun salam
1 cawan kerisik
1 mangkok santan
2 kiub Pati Lembu Knorr
2 helai daun limau purut
Sedikit Minyak Jagung Mazola
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan Minyak Jagung Mazola, kemudian tumiskan kesemua bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging, daun kunyit, daun salam, daun limau purut, kerisik & pati santan. Kacau hingga mendidih. Masukkan garam & kiub Pati Lembu Knorr & kacau lagi hingga dagingnya empok. Masak hingga kuah rendang agak kering.