Rendang Kedah

Ramuan / Bahan

1 kg daging kerbau (dihiris nipis)
2 sudu sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
20 tangkai cili kering
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih ½ inci halia
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
½ cawan kacang tanah
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali.

Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dimayang sehingga kuning.

Masukkan cili kering, sos tomato, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar dan tumis sehingga berbau wangi.

Masukkan daging dan santan, gaul sebati dan masak sehingga menjadi separuh kering.

Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan goreng sehingga kering.

Angkat dan hidangkan.