Bergedil Sardin

Ramuan / Bahan

2 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
1 sudu makan lada sulah
2 biji telur ayam
1 sudu teh garam
1 sudu teh ajinomoto
2 cawan minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Buang kuah sardin dan toskan.
2. Hiris bawang besar.
3. Tumbuk lada sulah hingga halus dan
selepas itu masukkan sardin yang
telah tos tadi. Tumbuk hingga halus.
4. Pindahkan sardin tadi ke dalam
mangkuk dan masukkan garam dan
ajinomoto.Masukkan telur dan gaul
hingga rata.
5. Gunakan sudu makan dan goreng hingga
masak dan agak garing.