Rendang Hitam Perdana

Ramuan / Bahan

2 kg daging lembu (dipotong 2 cm)
20 ulas bawang merah
5 batang serai
10 ulas bawang putih
6 cm halia
6 cm kunyit basah
350 gm cili kisar
3 sudu jintan putih
3 sudu jintan manis
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
1 botol kicap pekat manis 80 gm gula melaka
4 keping asam keping
4 biji kelapa (dijadikan kerisik)
1 biji kelapa (dijadikan empat cawan santan)
Sedikit minyak untuk menumis
10 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 cm kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa

Cara-cara

Perapkan daging lembu dengan bawang merah, serai, bawang putih, halia, kunyit, cili , jintan manis, jintan putih yang dikisar halus, kicap pekat manis, santan dan garam secukup rasa.

Panaskan minyak, masukkan bahan tumis seperti buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik baunya.

Masukkan bahan yang diperap tadi ke dalam kuali dan didihkan dengan perlahan-lahan. Masukkan jintan manis, jintan putih, gula melaka, asam keping, daun kunyit serta kerisik.

Masak selama 1 1/2 jam sehingga dua jam di atas api yang sederhana besar dan kacau selalu bahan-bahan tadi perlahan-lahan.

Masak sehingga daging empuk dan kuahnya kering dan boleh dihidangkan bersama nasi untuk hidangan makan tengahari dan boleh juga dihidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau roti jala serta sesuai juga dihidangkan sebagi hidangan lauk pengantin.