Rendang Hati Kacang Panjang

Ramuan / Bahan

600 gm hati lembu atau hati ayam
1 kg kacang panjang
2.5 cm halia
2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah daging
2 sudu besar kaskas
1 sudu besar minyak 1 sudu teh bunga cengkih
1 sudu teh air asam jawa
4 biji cili merah
4 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong hati setebal 1 cm x 1.5 cm persegi. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm. Potong cili serong-serong. Tumbuk atau mesin bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, kaskas dan halia. Gaul dengan rempah dan hati. Tumis ramuan di atas dan kacau rata-rata. Masukkan kacang panjang dan kacau lagi. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan cili potong dan airasam jawa. Masukkan garam secukup rasa.