Rendang Daging Wak

Ramuan / Bahan

Sekilo daging lembu ( dibersihkan , dipotong bentuk dadu dan toskan )
1 biji kelapa (1 mangkuk santan )
1 biji kelapa (buat kerisik)
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Digoreng tanpa minyak:
3 sudu kecil jintan manis
3 sudu kecil ketumbar

Dikisar:
12 tangki cili kering
2 biji bawang besar
10 ulas bawang merah (kecil)
6 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
3 cm lengkuas

Cara-cara

Cara:
1. Ketumbar dan jintan digoreng sangan hingga terbit baunya. Kemudian dikisar kering.
2.Masukkan daging, ketumbar, jintan dan semua rempah yang sudah dikisar bersama 1 mangkuk santan didalam kuali. Tambahkan separuh kerisik ke dalamnya. Gaulkan hingga sebati dan rempah meresap kedalam daging. Masukkan juga garam , gula dan serbuk perasa.
3. Letakkan kuali keatas dapur dengan api yang kecil( jangan terlalu besar).Tutpkan kuali. Ini untuk memastikan daging dan rempah benar-benar sebati.
4. Masak sehingga kering dan kacau selalu. Bila rendang agak kering dan daging lembut, masukkan baki kerisik. Gaulkan dan angkat.