Rendang Daging Sri Legenda

Ramuan / Bahan

Minyak masak
50 gm kayu manis
1 kg daging batang pinang (dihiris nipis)
500 ml santan
Garam
Gula
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
150 gm kerisik Bahan dikisar:

250 gm bawang merah
100 gm bawang putih
80 gm halia
5 batang serai
80 gm lengkuas
80 gm cili kering (direndam dahulu)

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan dikisar bersama kulit kayu manis hingga terbit minyak.

Masukkan daging, santan, garam dan gula. Masak hingga daging empuk.

Masukkan daun kunyit dan kerisik. Kacau hingga kering, angkat dan hidangkan.