Rendang Daging Simple & Sedap

Ramuan / Bahan

1 kilo daging lembu(dipotong dadu)
5 sudu besar cili mesin/lebih ikut suka
Bawang goreng secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Kicap manis(cap kipas udang) secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara

1.Perap daging dengan kicap manis selama satu malam atau lebih kurang 6 jam(ikut suka banyak mana kicap nak digunakan,lagi banyak lagi sedap).

2.Tumis cili mesin sehingga garing. (kalau nak pedas boleh lebihkan sikit)

3.Kemudian masukkan daging dan garam secukupnya.Masak sehingga empuk dan kering.

4.Semasa hampir kering bolehlah dimasukkan bawang goreng (ikut suka banyak mana,lagi banyak lagi sedap)dan kacau hingga sebati.

5.Hidang dan sedia dimakan.