Bergedil Potato Chip

Ramuan / Bahan

1.sekotak potatochip berperisa lada .
2.sebiji bawang besar dipotong halus
3.300g daging atau ayam kisar
4.segelas susu segar
5.2 biji telur
6.garam secukup rasa
7.lada

Cara-cara

1.potatochip diramas hingga halus di dalam mangkuk besar
2.masukkan telur, susu, daging kisar dan bawang besar ke dalam mangkuk tadi dan digaul hingga kembang
3.masukkan lada dan garam secukup rasa dan digaul semula
4.campuran dibentuk bulat dan dicelur dalam telur sebelum digoreng
5.bentukan bergedil yang telah dicelur digoreng secara deep-fried cooking.