Rendang Daging Kemaman

Ramuan / Bahan

1 kg daging dipotong sesuka hati
3 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
½ cawan air asam jawa
3 sudu makan lada giling
Minyak masak
Garam secukupnya

Bahan Dikisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai Bahan Diracik Halus:
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit

Cara-cara

Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada giling. Biarkan sebentar. Kemudian masukkan daging. Kacau hingga rata.

Pastikan api sederhana kecil dan biarkan daging empuk sedikit. Apabila daging sedikit empuk, masukkan santan. Dengan api yang masih sederhana kecil, biarkan sehingga daging masak dan santan menjadi kering.

Sentiasalah mengacau. Kemudian apabila santan kering sedikit, masukkan kerisik. Kacau lagi. Masukkan air asam jawa, garam dan hirisan daun-daun tadi. Kacau dan biarkan ia selama 2 minit. Angkat dan hidangkan.