Rendang Daging Hitam

Ramuan / Bahan

3 sudu besar minyak masak
2 cm kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
600 gm daging (top side)
10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih-dikisar halus
2 cm halia-dikisar halus
4 batang serai-dikisar halus
1 sudu besar cili kisar
½ cawan kicap pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara

Daging dihiris mengikut suka. Gaulkan daging bersama bahan-bahan yang sudah dikisar dan kicap, perap selama 15 minit. Panaskan minyak dalam kaserol, tekan HIGH untuk 3 minit, kemudian masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Panaskan lagi selama 3 minit (HIGH), kemudian masukkan cili kisar dan masak lagi 3 minit (HIGH). Masukkan daging yang diperap ke dalam kaserol tekan HIGH selama 10 minit (kacau setiap 5 minit). Masak lagi 10 minit (HIGH) atau hingga kering da kelihatan berminyak. Keluar dan hidangkan.