Rendang Daging Dengan Pegaga

Ramuan / Bahan

400 gm daging lembut (dipotong dadu)
20 tangkai cili padi
5 cm halia
2 cm lengkuas
20 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji buah keras
2 helai daun kunyit 15 helai daun limau purut
250 gm daun pegaga
15 batang serai
50 gm kerisik
3 cawan santan
3 cawan minyak masak
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

Daging dibersihkan kemudian ditoskan. Cili api, halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, buah keras & serai dikisar halus. Daun limau purut & daun kunyit dibuang tulang tengah & dimayang halus. Panaskan minyak & tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik baunya. Kemudian masukkan daging lembu bersama-sama 3 cawan air. Masak hingga daging empuk. Masukkan santan serta daun kunyit, daun pegaga, daun limau purut, kerisik, garam & gula. Kacau hingga rata & biarkan sehingga rendang menjadi kering.