Rendang Daging Dengan Kentang

Ramuan / Bahan

600 gm daging
600 gm kentang
2 biji kelapa
20 tangkai cili kering
3 cm halia
3 batang serai 2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
Garam

Cara-cara

Daging dipotong ikut suka. Kentang dipotong 4 / 6. Separuh kelapa dibuat kerisik. Cili, halia, lengkuas, bawang putih & bawang merah dihiris sampai halus. Serai dititik & daun kunyit dicarik-carik. Panaskan minyak, tumis bawang, serai, halia & daun kunyit. Bila kuning, masukkan bahan-bahan yang digiling tadi. Bila wangi masukkan santan cair & daging. Bila daging empuk,
masukkan kentang, pati santan & akhir sekali kerisik. Rasa asam garamnya baru diangkat. Hiaslah ikut suka hati.