Rendang Daging Daun Puding Hitam

Ramuan / Bahan

1 kg daging - dipotong kecil
2 cekak daun puding hitam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm kunyit
5 batang serai
3 biji kelapa 30 tangkai cili padi
10 tangkai cili kering
2 cm halia
2 cm lengkuas
4 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit kerisik

Cara-cara

Daging dipotong dan dibersihkan. Cili padi, cili kering, kunyit, halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih digiling bersama. Masukkan daging ke dalam kuali bersama rempah yang telah digiling, gaul sebati. Tenggekkan di atas api dan biarkan hingga daging kecut dan hilang airnya. Kemudian masukkan santan dan masak hingga kering dan berminyak. Masukkan daun puding hitam dan gaul hingga rata. Kemudian tambahkan kerisik dan biarkan hingga kering.