Beef Lasagne Special

Ramuan / Bahan

6 kepingan besar lasagne (rebus hingga lembut-lebih kurang 2 minit)
1 mangkuk daging cincang
1 mangkuk cendawan butang/tiram (hiris)
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 sudu kecil serbuk pala
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar tomato puree
4 biji tomato segar(potong dadu)
1 kiub stok ayam
½ cawan keju mozzarella/cheddar (parut)
3 atau 4 sudu besar minyak zaitun
Garam


Paste (campurkan 3 sudu besar air:
1 sudu besar serbuk cili kering
1 sudu besar serbuk kari daging


Sos:
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung
½ cawan keju mozzarella/cheddar (parut)


Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hinngga naik bau. Tumis bahan paste. Masukkan kiub ayam, serbuk pala, lada hitam, garam, tomato puree dan daging cincang. Masak sehingga daging masak. Masukkan tomato segar dan cendawan, masak selama 2 minit. Angkat. Masak sos dengan api perlahan sehingga kuah pekat. Sediakan bekas pembakar.
- lapisan pertama : kepingan lasagne
- lapisan kedua : daging
- lapisan ketiga: sos
Ulang lapisan. Diatas lapisan terakhir, taburkan keju parut. Bakar dlm oven selama 30/40 minit, suhu 180C.