Rendang Daging Aidilfitri

Ramuan / Bahan

1 kg daging
1 ulas bawang putih
15 gm cili padi
20 gm perasa cili
30 gm kerisik kelapa
10 gm buah keras
2 ulas bawang merah 2 cm halia
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 biji limau purut
1 helai daun kunyit
1 liter santan
1 sudu kecil garam

Cara-cara

Bersihkan daging dan potong lebih kurang lebar dan panjang 4 cm.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas.

Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan-bahan di atas, biarkan separuh masak dan masukkan cili padi, perasa cili, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau bahan -bahan tersebut sehingga mesra dan sebati.

Masukkan kerisik dan masak daging sehingga lembut dan berwarna gelap. Perlahankan api dan biarkan seketika sebelum diangkat.