Rendang Daging

Ramuan / Bahan

500 gm daging lembu (dibersihkan & dipotong dadu sebesar 2.5 cm )
Garam & lada sulah secukup rasa
1 batang serai
1 helai daun kunyit (dimayang) Bahan Giling:
12 batang lada merah
2.5 cm santan pekat
5 ulas bawang putih
15-20 ulas bawang merah
2.5 halia
1.2 cm kunyit hidup
2 camca garam

Cara-cara

Perasakan daging dengan garam & lada sulah. Ketepikan selama 20-30 minit. Campurkan santan & bahan giling dalam sebuah periuk. Jerang diatas api yang sederhana & kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Masukkan daging & teruskan mendidih selama 10 minit lagi. Masukkan serai, daun kunyit & bubuhlah serbuk perasa secukup rasa.Kecilkan api.Didihkan perlahan-lahan hingga daging empuk & berwarna perang gelap. Apabila kuahnya menjadi minyak,angkat dari api. Buangkan serai & daun kunyit. Hidangkan panas-panas dengan lontong,Ketupat atau lemang.