Rendang Bali

Ramuan / Bahan

1 kg daging, dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
1 kg tomato, dikisar halus
Sedikit garam
15 gm gula merah
2 camca sedang kicap
1 kg bawang merah, dihiris nipis, digoreng dan dikisar Bahan dikisar:-
30 gm buah keras
60 gm bawang merah
15 gm bawang putih
60 gm cili kering
60 gm cili merah
30 gm lengkuas
15 gm halia

Cara-cara

Rebus daging hingga empuk, angkat dan sejatkan. Goreng daging hingga agak kering, angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan tomato kisar, garam, gula merah dan kicap. Masak hingga kuah pekat. masukkan daging dan bawang goreng. Kacau rata dan angkat.