Rendang Baldu

Ramuan / Bahan

1 kati daging
2 biji kelapa
4 batang serai
4 tahil cili kering 15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 sen ketumbar

Cara-cara

Daging dibersih, tos & direbus. Setelah empuk dikoyak-koyak hingga halus. Serai dihiris halus. Cili, bawang merah, bawang putih, ditumbuk hingga lumat. Goreng ketumbar tanpa minyak hingga berbau wangi. Daging yang dikoyak-koyakkan tadi dimasak bersama santan, cili yang ditumbuk & serai. Kacau rata & biarkan kering, menggunakan api sederhana. Ketumbar yang digoreng tadi ditabur ke dalam rendang yang sudah kering. Akhir sekali rasa garamnya. Masa
menghidang, hias dengan bunga lobak
merah dibentuk seperti bunga.