Puyuh Berlada

Ramuan / Bahan

2 ekor burung puyuh

Bahan dikisar:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 ranting daun kari
100 gm cili merah
1 batang serai
3 cm halia 1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar serbuk kari
sudu teh serbuk kunyit
Serbuk perasa
Minyak masak
Garam

Cara-cara

Gula pasir, serbuk kari dan serbuk kunyit dibancuh dengan 1/4 cawan air. Bersihkan burung puyuh, gaulkan dengan garam serta kunyit dan gorengkan. Pnaskan dua sudu besar minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik baunya. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk kunyit dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula dan sesuaikan rasa (garam serta serbuk perasa). Masukkan burung puyuh dan gaul hingga mesra. Angkat dan hidangkan.