Perut Lembu Masak Jawa

Ramuan / Bahan

600 gm perut lembu
2 cm halia
3 sudu besar cili kering (dimesin)
3 sudu besar minyak
3 cawan kelapa 4 labu bawang merah
1 batang serai
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus perut hingga empuk dan potong selebar 2.5 cm x 4 cm. Tumbuk 2 labu bawang merah bersama halia dan serai. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis 2 labu bawang merah. Apabila layu masukkan ramuan yang ditumbuk dan kacau selalu. Masukkan cili kering, santan, asam gelugur dan garam. Masukkan perut lembu dan kacau sehingga kuah mendidih.