Percik Ekor Lembuq

Ramuan / Bahan

5 kerat ekor lembu
2 tin santan
200 gm gula
2 helai daun kunyit, diikat
2 helai daun limau purut
20 gm serbuk perasa
20 gm serbuk kunyit
50 gm cili boh Garam secukupnya
Air untuk mengempukkan ekor lembu
2 batang buluh
2 batang serai - dikisar
150 gm lengkuas - dikisar
50 gm halia - dikisar
120 gm bawang merah - dikisar
20 gm bawang putih - dikisar

Cara-cara

Masukkan santan, bahan-bahan kisar, daun kunyit, daun limau purut, cili boh, serbuk perasa, garam, gula dan serbuk kunyit ke dalam periuk. Kacau hingga rata. Kacau perlahan-lahan di atas api hingga pekat. Tambah air dan masukkan ekor lembu. Masak hingga ekor lembu empuk. Apabila cukup masak angkat. Kepitkan dengan buluh di kiri kanan daging dan bakar 10 minit.