Peparu Goreng Berlada

Ramuan / Bahan

500gm peparu lembu (dibubuh sedikit garam dan direbus empuk)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
1 sudu teh serbuk belacan
4 sudu besar cili kisar
Sedikit garam dan gula
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 keping asam gelugur Bahan-bahan kisar:
5-6 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia

Cara-cara

Peparu lembu dihiris nipis dan dibubuh di dalam mangkuk. Masukkan serbuk kunyit, gaul hingga sebati. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng peparu hingga kering. Ambil sesudu besar minyak menggoreng peparu tadi, panaskan ia di dalam kuali lain. Tumis Bahan-bahan kisat tadi bersama belacan dan cili kisar. Biar hingga ia terbit minyak dan garing. Masukkan peparu bersama garam, gula, bawang besar dan asam gelugur. Kacau hingga sebati. Biar hingga bawang layu sedikit. Angkat.