Ayam Pelalah

Ramuan / Bahan

Bahan Ayam:
400 gm isi ayam
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
1 cm cekur
1 batang serai
Garam secukup rasa Bahan Sambal Tomato:
3 tangkai cili merah - dikisar
1 biji buah tomato - dikisar
1 sudu kecil belacan - dikisar
2 sudu kecil gula merah - dikisar
2 sudu kecil minyak masak
1 biji air limau nipis
1 biji cili merah - buang bijinya dihiris
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras, kunyit hidup, lengkuas, cekur dan serai. Gaul dengan ayam dan tambahkan garam. Perap selama setengah jam, panggang dalam ketuhar sehingga masak. Sejukkan dan siat-siatkan. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan ayam, garam dan perahkan air limau. Campurkan cili hiris. Gaul rata dan hidangkan.