Paru Masak Rempah

Ramuan / Bahan

1 kg paru, direbus
8 ulas bawang merah, dikisar halus
5 ulas bawang putih, dikisar halus
3 cm halia, dikisar halus
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
¾ cawan air
2 labu bawang besar, dipotong bulat
5 cm kulit kayu manis
½ sudu kecil jintan manis 2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 cawan minyak masak
1 tangkai daun bawang, dikerat 3 cm
2 tangkai cili merah, dipotong tebal dan menyerong
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Paru dipotong lebar setebal 1 cm. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, jintan manis, buah pelaga dan daun kari. Kacau hingga wangi. Satukan air dengan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam kemudian kacau hingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Kacau rata-rata hingga pecah minyak. Masukkan paru, bawang besar, cili merah, garam dan serbuk perasa. Jika kuah terlalu kering, bolehlah ditambah sedikit air lagi. Kacau hingga rata. Bila bawang layu sedikit, taburkan daun bawang dan angkat.