Murtabak Makarona

Ramuan / Bahan

4 biji telur
2 camca besar serbuk kari
2 cawan makarona berbentuk siput kecil-kecil (dicelur) ΒΌ cawan daging cincang (direbus)
1 labu bawang besar
garam, daun sadri dan sedikit minyak

Cara-cara

Gaul semua bahan dan masukkan telur yang telah dipukul, kacau rata. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan adunan dan bentukkan seperti murtabak. Bila sudah kuning, angkat. Bila kedua bahagian elok masaknya, angkat dan hidangkan bersama sos cili.