Masak Portugis

Ramuan / Bahan

600 gm daging
1 bungkus cili boh
10 ulas bawang merah
1 sudu besar biji sawi
2 batang serai 1 ½ cm halia
1 biji kelapa parut
1 sudu besar marjerin
5 sudu besar minyak makan
Garam, cuka & gula ikut rasa

Cara-cara

Daging dipotong ikut suka hati & rebus hingga empuk. Mayang 4 ulas bawang & bakinya digiling bersama halia & biji sawi. Serai dititik. Kelapa diperah ambil secawan santan pekat & semangkuk santan cair. Panaskan marjerin & minyak makan. Tumiskan bawang sampai kuning. Masukkan bahan-bahan yang digiling, biar wangi sambil dikacau. Masukkan cili boh & kacau sampai garing. Masukkan daging & santan cair, biar mendidih. Masukkan santan pekat, garam, cuka & gula ikut rasa.