Masak Lemak Daging Salai

Ramuan / Bahan

½ kg daging lembu disalai
2 biji kelapa - ambil santan pekat
2 biji mangga muda 2 cm kunyit hidup
30 tangkai cili padi

Cara-cara

Daging disalai sampai kering dan dipotong jangan terlalu nipis. Kunyit dan cili padi digiling hingga halus. Kelapa diperah dan ambil santan pekat, diasingkan satu cawan. Baki kelapa yang tadi diperah dan diambil satu mangkuk. Mangga muda dibelah enam. Masukkan daging, cili yang sudah digiling ke dalam periuk dan masukkan satu cawan air sejuk lalu masak di atas api. Bila air daging tadi sudah kering lalu masukkan santan yang satu mangkuk tadi. Kacau hingga rata. Bila daging sudah empuk masukkan buah mangga dan santan pekat tadi. Tambahkan garam secukup rasa.