Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Ramuan / Bahan

1 kg daging yang disalai
20 gm cili api (dikisar)
30 gm kunyit (dikisar)
3 batang serai 1 biji kelapa = 2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
30 gm belimbing buluh
Garam

Cara-cara

Masukkan santan cair, daging salai, cili, kunyit, belimbing buluh dan serai.

Masak hingga mendidih

Kemudian, tambahkan santan pekat dan garam secukup rasa

Kacau hingga sebati. Sedia dihidangkan