Masak Kambing Berkismis

Ramuan / Bahan

1 kg daging kambing
4 camca besar minyak masak
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 camca besar cili boh
1 bungkus kecil serbuk kari daging
2 biji bawang besar, dipotong dadu
5 biji tomato 2 mangkuk air
½ cawan pati santan
½ cawan kismis
2 biji cili merah
1 tangkai daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng
8 biji bawang merah - bahan kisar
3 ulas bawang putih - bahan kisar
2 cm halia - bahan kisar

Cara-cara

Potong daging kambing ikut suka, basuh dan sejat. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan cili boh. Tumis garing. Masukkan daging kambing, kacau rata kemudian masukkan rempah kari. Masukkan bawang besar dan tomato. Kacau rata kemudian masukkan air. Masak sehingga daging empuk. Masukkan pati santan, kismis, cili merah, daun ketumbar, garam dan gula. Masak sehingga pecah minyak. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.